" what happen in vegas, stay in vegas...what happen in my blog, stay in my blog "

I'm A Girl, Daughter, Sister, Girlfriend, Employee, Student and Friend...an enemy perhaps.

" What Happen In VEGAS, Stay In VEGAS...What Happen In My BLOG, Stay In My BLOG "

Tuesday, December 6, 2011

Cinta Seorang Janda ( part 3 )

Ya Allah......

yang telah menciptakan CINTA.....

dan yang telah membisikan RINDU....

yang telah pertemukan dua hati.......

yang telah mengikatkannya dengan kasihsayang...

kekalkan perasaan ini hingga kehujung hayat kami....

Amin Ya Rabulalamin..


p/s: 14/11/2011

Cinta Seorang Janda ( part 2 )

salam......

kini hidup ku telah berubah....

tiada lagi yang perlu ku tangisi.....

tiada lagi luka yang membalut hati

tiada lagi duka yang berpanjangan

tiada lagi lara yang memuramkan wajah

tiada lagi dendam yang membara

tiada lagi risau yang menyelubungi jiwa

tiada lagi resah yang memburu diri

tiada lagi kesal yang tak sudah2

tiada lagi takut yang menghantui

tiada lagi ragu yang membunuh hari2 yang dilalui

kini...............

aku dirahmati dan dikasihi

disayangi dan disenangi

dibelai dengan kasih sayang

dimanja...

dipuja....

dicintai....

hanya......

menanti masa dan ketika

untuk........

disatukan menjadi suami isteri


p/s: 13/11/2011

Cinta Seorang Janda ( part 1 )

salam...

Hidup adalah perjalanan masa yg kadangkala menuntut diri supaya menjadi diam.... kerana diam akan menjadikan diri menyedari bahawa hidup tidak sentiasa indah dan manis..... juga mengimbangi serta menilai tentang erti sebenar perasaan CINTA & kasih sayang yang telah dicurahkan dalam masa yang singkat.

Sukar untuk dimengertikan betapa ikatan kasihsayang dapat dijalin dengan begitu pantas dalam jangka waktu yang terhad. Namun... desakan situasi memungkinkan jelmanya satu cetusan rasa yang begitu indah dan bermakna.

Hidup pasti akan melalui liku2 yang sukar dan meletihkan... bantulah diri ini untuk terus setia pada ikatan kasih kerana kadangkala diri ini tewas untuk berdiri tegap dan teguh....

CINTA mu yang murni pasti akan sentiasa segar dan jernih..... yang mana seringkali membuat aku kagum dan terlena dalam menikmati cinta yang kau bawa bersama keikhlasan hati mu

semuga... cinta ini dimenteraikan dgn sebuah ikatan yg kukuh hingga ke nafas terakhir kita

terima kasih buat mu, bersama sekalung doa dan harapan....


p/s : 13/11/2011