salam...
Hidup adalah perjalanan masa yg kadangkala menuntut diri supaya menjadi diam.... kerana diam akan menjadikan diri menyedari bahawa hidup tidak sentiasa indah dan manis..... juga mengimbangi serta menilai tentang erti sebenar perasaan CINTA & kasih sayang yang telah dicurahkan dalam masa yang singkat.
Sukar untuk dimengertikan betapa ikatan kasihsayang dapat dijalin dengan begitu pantas dalam jangka waktu yang terhad. Namun... desakan situasi memungkinkan jelmanya satu cetusan rasa yang begitu indah dan bermakna.
Hidup pasti akan melalui liku2 yang sukar dan meletihkan... bantulah diri ini untuk terus setia pada ikatan kasih kerana kadangkala diri ini tewas untuk berdiri tegap dan teguh....
CINTA mu yang murni pasti akan sentiasa segar dan jernih..... yang mana seringkali membuat aku kagum dan terlena dalam menikmati cinta yang kau bawa bersama keikhlasan hati mu
semuga... cinta ini dimenteraikan dgn sebuah ikatan yg kukuh hingga ke nafas terakhir kita
terima kasih buat mu, bersama sekalung doa dan harapan....
p/s : 13/11/2011
No comments:
Post a Comment