" what happen in vegas, stay in vegas...what happen in my blog, stay in my blog "

I'm A Girl, Daughter, Sister, Girlfriend, Employee, Student and Friend...an enemy perhaps.

" What Happen In VEGAS, Stay In VEGAS...What Happen In My BLOG, Stay In My BLOG "

Monday, September 13, 2010

Malam Pertama

Kisah Malam Pertama

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama
bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada Seorang
sahabatnya, Mohd. Jamil.
"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering
kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."
"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin
tahu.
"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."
"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"
"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."
"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"
"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan
hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri
aku."
"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.
"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab
Amat dengan muka mencuka.
"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"
"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia
menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah Pengertian di Malam Pertama

Si Rahmat baru saja kawin dengan Siti. Tapi pada malam pertama mereka
tidak terus berhubungan intim, karena mereka letih tolong kemas dapur/kemah dll.
Pada malam harinya mereka makan burger MacDonald bersama di dalam bilik. Emak
Rahmat pasang telinga dari balik pintu dan mendengar suara...


Siti : "Bang, dah dipicit picit tak keluar-keluar. " (Sambil memicit sos
MacDonald.)

Rahmat : "Memanglah dah lubangnya kecik!"
Siti : "Dah tu nak buat macam mana? Saya potong jelah hujungnya!"

Emak Rahmat terus panik, terus buka pintu bilik dan berteriak,
"Jangan!!!
Jangan gunting anu anak aku!".


Rahmat & Siti : **#@##^%&??!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Drama Malam Pertama

Sepasang pengantin, Ali dan Siti, akan melalui malam pertamanya. Setelah
acara buka hadiah selesai, sepasang pengantin ini masuk bilik. Di bilik
ada lagi hadiah dari kawan kawan mereka. Satu persatu kotak hadiah di
buka,
mendadak Siti tertawa happy. Apa pasal? Rupanya ada sepasang kasut untuk
dia... dia nak cuba pakai, ternyata kasut tu sempit. dia terus memaksa,
namun sia-sia. Ali yang melihat terus bertanya:


Ali : "Kenapa, terlalu sempit?"
Siti : "Iya bang, sakit ni..."
Ali : "Saya masukkan perlahan-lahan ya?"
Siti : "Baik bang, tapi jangan kuat kuat ya?"

Suaminya membantu memakaikan kasut sempit itu di kaki isterinya dengan
sedikit memaksa.


Siti : "Bang, sakit bang... anunya terlalu sempit..."
Ali : "Tahan sikit, saya cuba lagi ya?"

Tanpa mereka sedari, orang tua mempelai perempuan, Mak Minah, pasang
telinga di balik pintu kamar pengantin... rupanya ibu mempelai perempuan
dah fikir lain... dia tidak tahan mendengar anak perempuanya yang
mengalami
kesulitan malam pertama, jadi sebagai ibu terpaksalah dia bagi sokongan
dari balik pintu.


Mak Minah: "Kenapa nak, susah masuknya?"
Siti : "Iya maaak..."
Ali : "Kecik sangat barangnya... "
Mak Minah : "Coba sapu dengan air liur..."
Ali : "Ok saya coba mak."
Siti : "Cepatlah bang, sapu dengan air liur..."

Dengan tergesa-gesa pengantin lelaki menyapu seluruh permukaan kaki
isterinya dengan air liur.


Ali: " Cuba masuk lagi ya sayang???"
Siti : "Iya bang..."

Setelah dimasukkan kaki yang disapu liur tadi ternyata dengan mudah
masuk.


Ali : "Nah... masuk pun???"
Siti : "Iya... tapi..."
Ali: "Kenapa, masih sakit ke?"
Siti : "Iya, tapi taklah sakit macam tadi."
Mak Minah: " Kan dah boleh masuk kan ? Sekarang tinggal kena goyang je."

Sambil tersenyum dan dalam hatinya berkata budak budak sekarang benda
benda
macam tu pun tak tahu ?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam Pertama Ibarat Penjahat dan Penjara

Sepasang pengantin baru sedang bersiap menikmati malam pertama mereka. Pengantin
perempuan berkata, "Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang
seks. Boleh abang menerangkannya lebih dulu sebelum kita melakukannya? "
"Seks itu senang je., kita ni macam penjara, yang engkau punya tu selnya
dan yang abang punya penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkan
ke dalam sel," terang pengantin lelaki. Lalu mereka pun mulai bercumbu
mengarungi lautan asmara .
Ketika sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring akan
memejamkan mata, si pengantin perempuan berkata, "Bang, penjahatnya
terlepas."
Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan 'penjahatnya' . Rupanya si
pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama ini ia
rasakan. Setiap kali selesai, ia selalu mengatakan bahwa
penjahatnya lepas atau melarikan diri, keluar dari selnya.
Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah
berkata,
"Yang, penjahat yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup."


p/s : sekadar hiburan je..hehe : p

Saturday, September 11, 2010

Gambar Raya 2010





p/s : nie gambar raya yang paling bermakna sebab semua ade.. 10 september 2010
Taken at in front of our home sweet home ( sg. petani, kedah )..
In this pictures :-
abah
mama
asterina ( me )
farid
linda
abg
adek
I Love You All....

Monday, September 6, 2010

Lelaki Dan Wanita

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.
Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan...
moga kita tabah dan ditetapkan iman.
Amin...


p/s : i love you..only you, b

Hargailah Sebelum Terlambat

Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya- bergilir-gilir menjenguknya.

Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.

"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2 anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya. Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya. Suatu hari Januari lalu, ayah
mengikut saya ke Kuala Lumpur. Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka.

Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka. "Tak apalah kalau kamu sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke kampung sendirian. "Tak usahlah..." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk ke bilik bersama cucu-cucunya.


Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin kereta. Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri saya memujuk. "Buat apa kasar sangat dengan ayah? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!" Saya terus membisu. Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah," katanya ringkas.

Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan. Pukul 11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap. "Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak kerenah bersiap. Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya.

Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan bersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan. Hari tu ayah tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu. Selalunya saya akan membimbing lengan ayah
tapi hari itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak terganggu. Setelah saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh.

Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah saya terhenti. Berdesup fikiran teringatkan ayah kerana
dia cukup suka makan kek itu. Pernah 2-3 kali kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari itu ayah tidak minta apa-apa. Saya terus memandu pulang.

Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila isteri meminta saya menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya, isteri bertanya lagi sudahkah saya hubungi ayah. "Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab saya meninggikan suara.

Dinihari itu, saya menerima panggilan telefon dari Hospital Teluk Intan. "Pak Long dah tak ada..." kata sepupu saya di hujung talian. "Dia meninggal 5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam." Terlalu sebak dia hendak meneruskan kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri datang menerpa. "Kenapa
bang?" Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama baru mampu memberitahu "Ayah dah tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang paling hiba sekali. Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak dan adik-adik saya. Barulah saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli
tiket silih berganti menyerbu fikiran. Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati saya apabila teringatkan itu semua.

Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering bersimpati dan ayah yang cukup mengerti perasaan seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya.

Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke kampung, hati saya bagi dirobek-robek apabila memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak dapat menahan air mata apabila terkenangkan semula peristiwa pada hari-hari terakhir saya bersamanya. Saya merasa amat bersalah dan tidak akan memaafkan diri ini. Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun tidak bererti lagi. Kepada pembaca yang masih ada ayah, jagalah perasaan seorang tua. Kasihi mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.
RENUNGKANLAH....... .


p/s : abah, kak yung sayang abah..im so sorry :' (