" what happen in vegas, stay in vegas...what happen in my blog, stay in my blog "

I'm A Girl, Daughter, Sister, Girlfriend, Employee, Student and Friend...an enemy perhaps.

" What Happen In VEGAS, Stay In VEGAS...What Happen In My BLOG, Stay In My BLOG "

Sunday, October 24, 2010

Hargailah Yang Tersayang...

Mungkin kita tidak sedar
Apa yang telah kita lakukan
Telah menguris hati orang yang kita sayangi
Lantaran itu dia pergi jauh
Jauh meninggalkan kita

Dengan seribu satu soalan
Yang bermain dibenak fikiran kita
Kita akan bertanya pada diri sendiri
Kenapa? Mengapa? Dimana silapnya?
Apakah kesalahan yang telah kita buat?
Tetapi dia tetap membisu
Membuatkan kita tertanya-tanya

Kita cuba memahaminya
Mengajukan pelbagai soalan kepadanya
Apakah kesalahan yang telah sayang buat?
Sayang ada buat salah ke?
Adakah tingkahlaku sayang selama ni buat awak terkilan ke?
Sayang berlaku kasar kat awak ke?
Jawablah...jawablah...jangan buat sayang begini...

Itulah soalan yang sering kita ajukan
Ingin memperbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan
Tanpa kita sedari....
Apabila dia pergi meninggalkan kita
Barulah kita sedar...

Betapa pentingnya dia dalam hidup kita
Yang selama ini kita abaikan
Tak pernah ambil peduli tentang dia
Kerana kita sibuk melayan perasaan orang lain
Mengatakan yang kita faham tentang cinta
Berbicara pasal cinta di sana sini
Tapi sebenarnya tidak
Kita gagal dalam percintaan
Gagal untuk menyelami apa itu cinta sebenar

Jika kita faham
Kita tidak akan melukai perasaan orang yang kita sayang
Kita tidak pernah mengabaikannya
Setiap detik kita ingin bersamanya
Walau sesibuk mana sekalipun

Sentiasa risau akan dia
Sihat ke dia? Sudah makan ke dia?
Apa dia buat sekarang?
Dimanakah dia sekarang?
Selamatkah dia sekarang?
Itulah dinamakan cinta sebenar

Sentiasa menjaga perasaan orang yang kita sayangi
Jangan biarkan dia pergi meninggalkan kita
Sesal kemudian tiada gunanya
Kekecewaan akan terasa
Bila hatinya sudah tertarik pada yang lain...

p/s : i love u, b...always